Thursday 24 November 2011

Diftong


Diftong

ai
oi
au
petai
kaloi
pisau
kedai
sepoi
harimau
misai
amboi
limau
gerai
seroi
gurau

Diagraf



Digraf

penyu
wangi
bunga
syarat
singa
nganga
nyonya
bunyi
telinga
nyamuk
nyenyak
nyaring
syurga
nyala
syair

Vokal berganding


Vokal berganding

buah
buih
kuah
kuih
buaya
periuk
tua
tuala
kuali
peria


Imbuhan apitan

Imbuhan apitan meN-........-i

1. Apitan meN-......-i dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan meN- dan akhiran –i pada kata dasarnya.

2. Apitan meN-......-i bertugas untuk membentuk kata kerja transitif.

3. Apitan meN-......-i dapat menyatakan makna yang berikut:




Makna

Ayat Contoh


a. perbuatan yang berkaitan dengan penerima.

Contohnya menganugerahi, menghadiahi, menasihati dan sebagainya.


  1. Syarikat ini menganugerahi Encik Hisham Sijil Pekerja Cemerlang.
  2. Ibu menghadiahi kakak seutas rantai.


b. menjadi

Contohnya mengetuai, membanjiri, menghakimi dan sebagainya.



  1. Cikgu Hanim mengetuai rombongan lawatan ke negeri Melaka.
  2. Pengguna membanjiri pasar raya itu untuk mendapatkan bekalan minyak masak.


c. melakukan perbuatan

Contohnya menghadiri, melalui, menuruni dan sebagainya.



  1. Maznah tidak dapat menghadiri majlis hari jadi Diana semalam kerana demam.
  2.  Kami menuruni lurah yang curam itu dengan berhati-hati.



c. melakukan perbuatan
    Contohnya menghadiri, melalui, menuruni
    dan sebagainya.


1. Maznah tidak dapat menghadiri majlis hari
    jadi Diana semalam kerana demam.
2. Kami menuruni lurah yang curam itu dengan
    berhati-hati.


d. melalukan perbuatan berulang-ulang
    Contohnya memukuli, menikmati, melempari
    dan sebagainya.


1. Ayah memukuli  ular itu dengan kayu sehingga
    mati.
2. Dia melempari anjing itu dengan batu.

e. menjadikan sesuatu dalam keadaan
    Contohnya menghiasi,melindungi, melindungi
    dan sebagainya. 

1. Kakak gemar menggunakan masa lapangnya
    dengan menghias rumah.
2. Tugas polis adalah untuk melindungi
    masyarakat daripada ancaman jenayah.




Apitan meN-.......-kan
1. Kata yang berapitan meN-....-kan dapat dibentuk  dengan mengimbuhkan awalan meN- dan
    akhiran -kan pada kata dasarnya.
2. Seperti apitan meN-....-i , apitan meN-....-kan  bertugas untuk membentuk kata kerja transitif.
3. Apitan meN-....-kan  dapat menyatakan makna yang berikut:

Makna

Ayat contoh


a.  menjadi objek sebagai
     Contohnya mengabdikan, mencalonkan,
     menghadiahkan dan sebagainya.


1.  Penduduk Kampung Pasir telah mencalonkan
     Basri sebagai ketua kampung.
2.  Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada
     abang.


b. memasukkan objek ke dalam
    Contohnya mengetinkan, menyarungkan,
    menabungkan dan sebagainya.


1.  Pekerja itu sibuk mengetinkan buah nanas.
2.  Naimah sentiasa menabungkan sebahagian
     gaji bulanannya ke dalam bank.

c. membawa
    Contohnya mendaratkan, menyeberangkan,
    meningkatkan dan sebagainya.


1.  Kapten Zainal dapat mendaratkan kapal
     terbang yang rosak itu.
2.  Empangan dibina untuk meningkatkan paras
     air di sesuatu kawasan.


d. menyebabkan
    Contohnya mendirikan, menggerakkan,
    menghentikan dan sebagainya.


1.  Mereka bergotong-royong untuk mendirikan
     balai raya itu.
2.  Enjin penting untuk menggerakkan sesuatu
     kenderaan.


e. melakukan perbuatan untuk seseorang
    Contohnya mengambilkan, membawakan,
    mencarikan dan sebagainya.


1.  Ibu mengambilkan kakak seorang guru
     tuisyen untuk mengajarnya Matematik.
2.  Puan Zainab membawakan buah-buahan
     untuk jirannya yang terlantar di hospital.


Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Bahasa Biar Betul