1. Apitan meN-......-i dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan meN- dan akhiran –i pada kata dasarnya.
2. Apitan meN-......-i bertugas untuk membentuk kata kerja transitif.
3. Apitan meN-......-i dapat menyatakan makna yang berikut:
Makna | Ayat Contoh |
a. perbuatan yang berkaitan dengan penerima. Contohnya menganugerahi, menghadiahi, menasihati dan sebagainya. |
|
b. menjadi Contohnya mengetuai, membanjiri, menghakimi dan sebagainya. |
|
c. melakukan perbuatan Contohnya menghadiri, melalui, menuruni dan sebagainya. |
|
c. melakukan perbuatan Contohnya menghadiri, melalui, menuruni dan sebagainya. | 1. Maznah tidak dapat menghadiri majlis hari jadi Diana semalam kerana demam. 2. Kami menuruni lurah yang curam itu dengan berhati-hati. |
d. melalukan perbuatan berulang-ulang Contohnya memukuli, menikmati, melempari dan sebagainya. | 1. Ayah memukuli ular itu dengan kayu sehingga mati. 2. Dia melempari anjing itu dengan batu. |
e. menjadikan sesuatu dalam keadaan Contohnya menghiasi,melindungi, melindungi dan sebagainya. | 1. Kakak gemar menggunakan masa lapangnya dengan menghias rumah. 2. Tugas polis adalah untuk melindungi masyarakat daripada ancaman jenayah. |
Apitan meN-.......-kan
1. Kata yang berapitan meN-....-kan dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan meN- dan
akhiran -kan pada kata dasarnya.
2. Seperti apitan meN-....-i , apitan meN-....-kan bertugas untuk membentuk kata kerja transitif.
3. Apitan meN-....-kan dapat menyatakan makna yang berikut:
Makna | Ayat contoh |
a. menjadi objek sebagai Contohnya mengabdikan, mencalonkan, menghadiahkan dan sebagainya. | 1. Penduduk Kampung Pasir telah mencalonkan Basri sebagai ketua kampung. 2. Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada abang. |
b. memasukkan objek ke dalam Contohnya mengetinkan, menyarungkan, menabungkan dan sebagainya. | 1. Pekerja itu sibuk mengetinkan buah nanas. 2. Naimah sentiasa menabungkan sebahagian gaji bulanannya ke dalam bank. |
c. membawa Contohnya mendaratkan, menyeberangkan, meningkatkan dan sebagainya. | 1. Kapten Zainal dapat mendaratkan kapal terbang yang rosak itu. 2. Empangan dibina untuk meningkatkan paras air di sesuatu kawasan. |
d. menyebabkan Contohnya mendirikan, menggerakkan, menghentikan dan sebagainya. | 1. Mereka bergotong-royong untuk mendirikan balai raya itu. 2. Enjin penting untuk menggerakkan sesuatu kenderaan. |
e. melakukan perbuatan untuk seseorang Contohnya mengambilkan, membawakan, mencarikan dan sebagainya. | 1. Ibu mengambilkan kakak seorang guru tuisyen untuk mengajarnya Matematik. 2. Puan Zainab membawakan buah-buahan untuk jirannya yang terlantar di hospital. |
No comments:
Post a Comment